Pages

Friday 15 May 2015

Tempahan Jahitan Baju Melayu di Saddam The Tailor

Lebih kurang sebulan je lagi bulan Ramadhan bakal menjelma..mesti mama2 di luar sana pun sibuk memikirkan persiapan raya jugak kan. Yela bab2 menempah baju raya tak boleh nak buat last minit kan.Ramai tailor taknak terima tempahan dah menjelang 1 Ramadhan.Kalau nak beli ready made memang takde masalah..malam raya pun boleh shopping lagi.hehe.

Alkisahnya, mama papa dah ke Jakel awl bulan hari tu..sbb memang plan nak tempah je baju raya tahun ni.So bermulalah misi mencari tailor. Mahal betol kos upah menjahit sekarang ni..kami survey area Pandan Indah ni untuk baju melayu dewasa around RM100-130, untuk kanak-kanak lelaki sebesar Mr JL pun around RM70-80.Kalo ikutkan memang berbaloi beli ready made je.huhu.

Baju mama and Ms HL hantar kat Wan Inok Ms HL je la kat kampung. Mama cal, wan inok masih terima tempahan untuk sedara-mara..kalau bukan sedara die tak terima dah.Baju melayu memang wan inok tak nak terima dah..leceh gamaknya ye jahit baju melayu ni.hehe.Menyesal plak mama tak belajar menjahit zaman muda-mudi dulu..boleh buat duit woi.Kaya tukang jahit menjelang musim perayaan ni.Mama dah pasang niat nak hantar Ms HL kelas menjahit satu hari nanti.hehe.Lepas jahit baju sendiri jadilah kan.

Selepas buat survey beberapa tailor, maka papa decide tempah kat Wak keramat. Antara yang termurah setakat yang kami survey..RM90 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak.

Ni resit lepas setel ukur..siap dalam tempoh 3 minggu.Cepat jgk kan.
Ni la kain baju melayu untuk papa & Mr JL.Dah tak surprise.hehe.
Mr JL nak ukur baju melayu pertama dalam hidupnya.;)
So kalau ade sape nak tempah kat Wak ni, boleh la g kedainya or call dulu. Ni mama sertakan alamat dan contact number (boleh jugak rujuk resit kat atas tu):

Saddam The Tailor
E4 & F4, Perniagaan Pasar Datok Keramat, 
54000 Kuala Lumpur
Tel No: 016-9193053

Mama ade jugak tanya upah jahit baju kurung moden kat satu tailor ni..die masih terima tempahan. Kedainya di Putri Park Plaza, Pandan Indah.Harga RM80 sepasang. Boleh rujuk bunting kat bawah kalau ade yang berminat. Mama tak tempah sebab nak tempah kat Wan Inok Ms HL je.hehe.


1 comment:

  1. AGENS128 Adalah Situs Judi Online Taruhan Sepak Bola, Casino, Sabung Ayam, Tangkas, Togel & Poker Terpopuler di Indonesia
    Pasang Taruhan Online Melalui Agen Judi Terpercaya Indonesia Agens128, Proses Cepat, Banyak Bonus, Online 24 Jam dan Pasti Bayar!
    Sabung ayam
    sbobet online
    casino online
    tembak ikan
    daftar bisa langsung ke:
    LINE : agens1288
    WhatsApp : 085222555128

    ReplyDelete