Pages

Thursday 14 May 2015

Rawatan Sedut Kahak di Klinik Wangsa Dr Nadir Khan dan Rakan-Rakan

Semalam (13 May 2015) on the way mama balik keje,papa call bgtau Mr JL demam balik.Terkejut beruk mama sebab dah 3 hari die tak demam just batuk and selsema je. Mak babysitter cakap tiba2 after bangun tido petang tu badan die panas.

Papa cek suhu sementara mama nak sampai umah..39.9C.Mak aii tinggi yang amat.Mama suruh papa bagi ubat dan basahkan kepala dia.Niat nak ke hospital dibatalkan bila suhu dah turun.Decide nak ke Klinik Wangsa je esok untuk sedut kahak.

930am (14 May 2015) sampai Klinik Wangsa..ingatkan tak ramai sebab weekday tapi jangkaan mama meleset.Ramai gile kot orang..suma bawa baby.Ramai senasib Mr JL rupenya.
Menunggu dan menunggu.Masa ni baru patient ke 3. Mr JL no 17.huhu.
Dalam 1045am nama Mr JL dipanggil. Memang banyak kahak yang xkeluar sbb tu demam on off je. So Dr Nadir bagi NEB 10 minit, die tepuk percussion and sedut kahak. memang banyak oi kahak Mr JL..tengok Dr Nadir duk masukkan tiub dalam tekak and hidung Mr JL..ngeri..tak sampai hati mama nak tengok.Harapny lps ni Mr JL semakin pulih dan sihat. Dr Nadir nasihat amalkan steam and percussion..insyaAllah kahak tu akan clear.
Neb-tepuk-sedut kahak
Dapat 5 botol ubat..1 untuk demam, 2 cairkan kahak, 1 untuk galakkan batuk dan 1 antibiotik.Total harga RM120..kire oklah tu.Duit belakang cite..yang penting Mr JL sihat mcm biasa.

Sape-sape nak try rawatan dengan Dr Nadir boleh lah g Klinik Wangsa ni..landmark die LHDN Wangsa Maju, AEON Alpha Angle and Balai Polis Wangsa Maju. Senang kot nak cari..Dr Nadir ni memang femes kalau bab rawatan sedut kahak ni. Tapi kalau nak dirawat oleh Dr Nadir sendiri ade masa2 tertentu..Ni mama ringkaskan jadual Dr Nadir dan rakan2.

Isnin-Jumaat: 9am-4pm (Dr Nadir)
                     Malam (Dr Amin tapi die tak buat sedut kahak)
Sabtu:9am-10pm(Dr Halim tapi die pun boleh buat sedut kahak, Ms HL dulu pun pernah buat dengan Dr Halim)
Ahad: 9am -1pm (Dr Nadir)

Kalau nak dapat nombor awal, dinasihatkan datang awal sebab sokmo ramai orang..lagi2 hari Ahad. Ni alamatnya kalau nak ke sana.

Klinik Wangsa Sdn Bhd
No 46, Jalan 2A/27A, Section 1, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
No Tel: 03-41421614

11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Nice review... nanti nak bawak jugak lah anak saya jumpa doc Nadir...

    ReplyDelete
  3. Ank u dpt sukatan ubt brp ml yer?

    ReplyDelete
  4. Dr Nadir prescribe antibiotics eh? Baby masa tu berapa bulan? Dr kasi Augmentin ke?

    ReplyDelete
  5. Blog yang membantu ibu2.. Dr Nadir mmg bagus.. Anak Saya kalau demam selsema batuk.. Terus bawa Ke klinik wangsa.. Dr Nadir akan bagi NeB 10minit selepas to sedut kahak.. Anak Saya akan tidak selsema dan batuk dalam semalaman.. Bagi ubat dan kawal suhu badan .. Pasto sihat.. Tapi 3kali juga Ke klinik wangsa... Kalau Ke hospital mmg kene tahan wad.. Confirm lah

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum nak tanya klinik cover pm care tak?

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum...nk tnya lau bby umur 13hari blh buat x...risau gk SBB masih baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.pendapat saya, masih awal sgt utk baby 13 hari. sebaiknya mintak nasihat Dr.

      Delete
  8. dia sedut melalui mulut or hidung?? byak tak keluar??

    ReplyDelete
  9. Dua2 mulut dan hidung dia sedut,

    ReplyDelete