Pages

Tuesday 12 May 2015

Eczema: Mr JL dan Rawatan Part 3..Allergi Test/Prick Test di HUKM

Assalammualaikum wbt..

Kali ni mama nak share prosedur nak buat allergi test di HUKM.

Memang dari awal mama dah terpikir nak buat allergi test untuk Mr JL tapi kosnya agak tinggi kalo nak buat kat private lab mcm BP Diagnostic and Pathlab.Tapi opkos la xpayah tunggu lama kan kalo buat kat private lab..result pun boleh tau dengan pantas. Selepas cari info and bertanya pada yang pakar, mama papa decide untuk buat di HUKM sahaja, walaupun terpaksa tunggu turn tapi mama papa tak kesahlah sebab free kan.hikhik.Lagipun, keadaan Mr JL terkawal so taklah urgent sangat result dari Allergi test ni.

After papa submit borang untuk set appoiment di HUKM, kami menunggu lebih kurang 2minggu untuk terima surat dari HUKM..menyatakan tarikh dan masa appoinment (mana ntah suratnya..xdpt nak snap utk tatapan semua). Dari tarikh terima surat ke tarikh appoiment lebih kurang 2 minggu jgk gapnya (so total sebulan la tempoh menunggu..kire ok la tu kan..xde la lama mana.hehe.) Yang mama ingat tarikh appoinment 2 April 2015, masa 9.20am (pelik jgk masa die ni kan..np x 9.30 je?hukhuk).Ade sedikit tambahan info..mama lupe sgt2 pasal ni..sebelum ke HUKM, kena pergi mana-mana klinik dulu untuk dapatkan referral letter..then bawa referral letter tu ke HUKM.Nanti barulah akan ditentukan bahagian yang sepatotnya.

Pagi 2 April tu, memang kitorang terlewat..keluar umah dekat nak pukul 10, dalam hati dah risau kalau Dr cancelkan appoiment. Sampai je terus mama bawa Mr JL ke Klinik Dermato smentara papa n Ms HL g park kete..punye lah ramai orang.huhu.Masa register baru perasan mama n papa xbawa ic..kelam kabut punye pasal.Wallet mama tinggal dalam kete..wallet papa tinggal kat umah.Bagus betol laki bini ni ye.hukhuk. Nasib akak dekat kaunter tu terima jgk kitorang walau tiada pengesahan diri.hikhik. So after register and dpt no, so bermula lah kisah menunggu turn yang super duper panjang. Mama dah tak ingat no giliran and bape ramai yang masih menunggu.Dengan xbawa bekalan untuk Mr JL..kami redahkan jelah.

Selepas hampir 3 jam menunggu, barulah nama Mr JL dipanggil (Mr JL dah xkeruan time ni..mama pun sama). Masuk je bilik Dr,Dr Syafinaz (kalo tak silap mama la) tanya itu dan ini..disebabkan kami nak cepat selepas berjam2 menunggu, terus je mama request nak buat Allergi test. Dipendekkan cerita Dr Syafinaz kena tanya bos die dulu sbb takut tak sesuai untuk baby bawah setahun..masa ni Mr JL baru nak masuk 9 bulan kan.Alhamdulilah boleh buat Prick Test..quick and simple test. BTW, ade dua jenis test..lagi 1 test lebih detail kena amik darah pe bagai..Dr Syafinaz bg pilihan kalo nak buat satu je atau dua-dua. So kitorang decide buat dua2. Sebab Test ke 2 tu lebih banyak sample food/allergen yang kite boleh pilih. Dr Syafinaz pun isikan borang untuk request Prick Test. Then, kitorang kena pergi Lab Dermato untuk set appoimen. Memandangkan petang tu memang xde patient, kitorang terus book pukul 2.30pm. Sementara tunggu, kitorang keluar g lunch dlu.

Pukul 2.30 pm, kami terus ke makmal. Secara ringkas, ade lebih 20 allergen yg available tapi sebab Mr JL kecik lg so mama boleh pilih 10 allergen je untuk diuji ke atas kulit Mr JL. Mama dah tak ingat 10 allergen tu.huhu.Memang masa buat tu, tak terfikir akan tulis blog. So ape yang teringat kat kepala je mama tulis ni.


Ni je lah gambar yang ade.hehe. After 15 minit, tindakbalas allergen ke atas kulit Mr JL dikenalpasti. Dari 10 allergen, Mr JL allergi kat 2 allergen..habuk dan susu lembu. Patutlah Mr JL tak serasi dengan MooGoo..ade mama cerita dalam first entry..boleh klik sini kalau nak baca.huhu.Details pasal result ni Dr Syafinaz akan terangkan pada kami on next appoinment..kalo xsilap 4 June 2015.So, mama akan update after 4 June ye.

7 comments:

  1. sis, blh share x step utk dptkan allergic test kt hukm. ank sy refer dematologi serdang. pernah request buat test tu tapi ditolak oleh doktor pakar pd ketika itu. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..mula2 sis kena pergi HUKM isi form untuk appoiment. After 2 minggu (kalo ikut kes saya) sampai surat kat umah bgtau tarikh dan masa untuk jumpa pakar dermato.Masa jmpa pakar ni sis bgtau je nak buat alergi test. Nanti Dr/Pakar akan isi form untuk buat Prick Test. Bawa form tu ke Makmal Dermato untuk set apoimen. Kalau makmal xde patient boleh buat on the spot atau hari tu jugak. Harap membantu.

      Delete
    2. sis, ade sikit tambahan info..sebelum sis ke HUKM, sis kena pergi mana-mana klinik swasta untuk dapatkan referral letter.Referral letter tu bawa ke klinik di HUKM.Nanti die akan tentukan jabatan yang sepatotnya.Sy lupe pasal ni.Harap membantu.

      Delete
  2. Sis , bila nak update pesail deayil result.

    ReplyDelete
  3. Salam sis.. hukm kos bape ek nk wat allergy test tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dpt referral letter so xkena bayaran.

      Delete
  4. Assalamualaikum. Maaf nak tanya, puan dapatkan referal letter dari klinik kesihatan kerajaan atau klinik mana yer? Jika blood test pun free jugak ker?. Terima kasih.

    ReplyDelete