Pages

Thursday, 30 April 2015

Eczema: Mr JL dan Rawatan Part 1..Pakar Kulit vs Organic

Assalammualaikum..
First entry ni mama nak share serba sikit pengalaman membesarkan Mr JL yang disahkan ada eczema sejak berusia 4 bulan. Sejak lahir memang takde masalah langsung kulit Mr JL.senang je nak jaga. Tapi bila masuk 4 bulan..pipi die start naik ruam merah. Asalnya mama n papa ingat kena ruam susu biasa sebab kami bawa Mr JL jumpa pakar kanak-kanak kat Pandan Indah..Dr tu cakap ruam biasa, lepas sapu ubat yang die bagi akan ok lepas 3-4 hari. Lepas 3-4 hari mmg ok..kembali gebu dan mulus kulit Mr JL.Tapi tak lama..mgu depanny naik balik ruam kat pipi.sedihnya la.Kali ni tekad tak nak g klinik dah sebab dah baca banyak info yang Dr klinik bagi steroid so memang baik kejap je..pastu naik balik.

So mama decide try MooGoo (Udder Cream and Irritable Skin Blam). Mama beli trial pack je kat Pharmacy2u. Boleh klik sini kalau nak usha2 websitenye.Mama beli online je. Harga die murah compare ngan tempat lain (rm18.90, normal price RM19.90). Tapi sekarang dah xde jual trial pack ni (sorry, gambar xde..jenuh google tapi xjumpa).Awal2 pakai nampak serasi, berkurang merah dan ruam Mr JL tapi lepas 2 minggu naik bertambah teruk..ingatkan proses TSW (topical steroid withdrawal) so mama keep sapu je..hampir 2 bulan bertahan. Bila tengok xde kurang, makin teruk plak..start naik kat badan so mama n papa decide bawa g Pakar Kulit. Walaupun tau Dr akan bagi steroid jugak (maafkan mama Mr JL, mama tewas). So seperti dijangka mmg dlm tempoh xsampai seminggu semua ruam dan merah2 hilang (sebab steroid lettew!).Dr bagi ubat makan, ubat mandi, losyen n moisterizer. Bila abeh je losyen n moisterizer tu..keadaan yang sama berulang.huh.Mama stress nak oi!.

Then mama decide..back to natural and organic..no choice (tapi tak 100% organik pun sebab sabun mandi pakai EUBOS..since mama dah check ingredients die, takde bahan berbahaya..mama rujuk list dalam group NAAE kat FB, so mama decide proceed dengan EUBOS..nampak serasi dengan Mr JL). 

Gambar from Mr Google.Normal price: RM35, beli kat Caring Pharmacy dapatlah RM28. Big Pharmacy lagi murah; RM25 je. Websiteny under construction setakat ni (11/05/2015). Bleh try usha kat FB Big Pharmacy
Untuk losyen,this time mama try BUDS SUPER SOOTHING RESCUE LOTION. 
Gambar from Mr Google.
Ni mama beli online jugak dekat Applecrumby & Fish. Boleh klik  sini kalu nak usha2. Dapat murah RM114.Normal price: RM128.Skg after GST tak dapat dah harga tu. Dekat Big Pharmacy dapat RM129..agak murah lah slps GST ni kan.
Alhamdulillah..memang serasi dengan Mr JL. Sampai sekarang masih guna losyen yang sama. Tapi dalam pada guna lotion and mandian, mama berpantang tahap hardcore punye since Mr JL full bf..no ayam, no daging, no gatal2 food..memang terseksa pada awalnya, tapi demi anak ku gagahi juga..berita baiknya, berat mama turun ok!yeay!!.dapatlah balik berat before pregnant Ms HL dulu.hikhik. Memang nampak berkesan tapi ada masa walaupun berpantang tetap naik juga merah dan ruam. So, mama kena terus berusaha cari alternatif yang serasi dengan Mr JL.
Next entry mama akan share pulak pasal alternatif lain tu..InsyaAllah.
Nah, mama belanja gambar ladang pahala mama..Ms HL and Mr JL:)

Pic was taken on Jan 2015, Ms HL@3y3m; Mr JL @6m..nampak tak merah2 kat pipi Mr JL tu(xclear sgt kot)?masa ni tengah pakai ubat2an dr Pakar Kulit